Saturday, September 18, 2010

Berpuasa suatu ketika dahulu di darjah 2

#1
Ketika Ustaz Denin tengah sibuk menulis di papan hijau.
Aku: Amid, aku tak tahan ni, jom pegi kencing.
Amid: Tak boleh, nanti air habis cepat haus.
Aku: Ye ke? (Amid tak sempat jawab sebab ustaz Denin dah abis menulis. Dan aku pun tahan kencing sampai buka).

#2
Akak aku: Kau tak puasa ye mat?
Aku: Ishh apa ni main tuduh-tuduh nihhh? (aku tak sedar lidah aku merah sebab makan gula-gula Hudson) lepas tu aku rasa berdesing, rasanya dia tampar aku kot.

#3
Balik dari sekolah hujan, aku jalan sambil tutup hidung takut tersedut air, nanti batal puasa.

#4
Amid cakap siapa tak cukup puasa tak boleh raya.
Aku: Takpe la Mid, aku raya pagi je lah, petang aku duduk kat rumah tengok sarkas.

Thursday, September 16, 2010

20 Minit Sebelum Berbuka

Selamba sahaja kawan aku MMS aku gambar itu, boleh dikatakan semua itu menu kegemaran aku, terasa seksa sungguh nafsu macam nak pergi bazar lagi sekali, tapi rasanya masing-masing dah lipat meja, standard la bazar kampung, pukul tujuh dah tutup, memang tak adil sungguh dia MMS gambar itu sebab 10 minit sebelum itu aku cuma MMS dia gambar ini.. hampeh betul budak ti.. tu hahaha

Seindah Biasa

Seperti biasa, orang sibuk makan, kami sibuk main, dan seperti biasa juga lepas itu kami minum kat mamak sebab lepas kami main, nasik pun dah habis ...

Wednesday, September 15, 2010

800 lagu++

Aku ada kenal seorang pemuzik, dia cakap ada stok 800++ lagu, dan kerja dia tiap-tiap hari cari lagu (cover), dia cerita lagi dia selalu diundang masuk tv dan ikut macam-macam grup. Tapi apa pasal hari itu masa onstage kau gigil hahaha bodoh kau kencing la pandai. Jangan cari gambar dia di sini sebab aku sudah padam pakai photoshop hihi.

Kenal Siti tak? Tak.

Pertama kali kumpulan aku dijemput buat persembahan akustik ke daerah yang nak masuk ke sana kena naik 4WD, dan mengambil masa dua jam perjalanan, kampung Peta, salah satu penempatan orang asli di Johor. Dari awal pertunjukan hingga sudah aku rasa hanya 2% yang beri perhatian (itu pun kawan-kawan yang ikut rombongan sekali). Yang lain aku nampak memang tak ambil peduli langsung. Lepas show aku tanya mereka kenal Siti tak? Tak. Mawi? Tak. Inikan pula kami hahaha padanlah mereka tak peduli langsung haha. Tapi memang seronoklah kat situ, kadang-kadang lupa tempat asal, hidup tanpa bayar bil apa-apa. Tapi yang paling manis/cuak sekali apabila salah seorang penduduk situ cakap pernah nampak aku (tapi dimana ya) haha. Bukan macam pernah, tapi memang pernah.

Esok Belum Pasti


Dalam batu dalam kaca sedalam mana tak pasti
kaukan terlepas dari panggilan-panggilan yang terakhir

Satu saat dua saat pastikan pasti kau pasti
kau kan berangkat keseorangan tanpa teman di sisi

Pernahkah ku siapkan bekalku
mengikut perjalanan menuju destinasi yang sebenar

aku, yang tercari-cari
cahaya, kilau putih suci
mengikut rentak dunia
hitam dan putihnya
pastikah ku sedia
ditumbangkan
pasti
nanti

Lagu/Lirik: Jank

Keburukan MMS

MMS. Kadang-kadang ketika aku tengah menyibukkan diri dengan kerja yang tak sudah-sudah, tiba-tiba ada MMS masuk dengan kata-kata ugutan. "Cepat datang sini sebelum kerang habis!" cihh kakak aku ni memang nak suruh aku lari dari opis.....

Ponti

Malam menjelang Aidilfitri, aku bersembang dengan abang long aku sampai pagi, dari cerita ternak kambing bersambung ke cerita orang bunian. Dia bagi tahu di kampung yang dia menetap itu (di Negeri Sembilan) memang banyak kisah-kisah mistik dan paranormal. Bila keluar bab pasal pontianak, lagi laju dia bercerita (sumpah, aku tak seram langsung), kisah ponti menari atas bumbung rumah dialah, terbang mengilai celah-celah pokok getahlah, dan sudahnya dia tanya aku, "Kau tahu pasal apa kuku pontianak tu panjang-panjang? Aku: Kenapa? Abg aku: Sebab takde sape berani nak potong kuku dia. Aku: Cihhhh!!

Tuesday, September 14, 2010

Carik serai

Dua hari sebelum Aidilfitri, jam 5, kakak aku yang kerja ustazah sudah menjerit-jerit macam tarzan suruh cari serai, dia ingat aku ini anak murid dia ke, terganggu sugguh waktu mengecas aku. Lepas itu aku jerit balik, "takpela aku buka kat masjid je kang!" sedar-sedar dia sudah ada depan mata smbil pegang senduk. "okeh aku pergi sekarang, nak berapa batang?"

Salam Aidilfitri

Salam, ini kali ke-2 aku sambut Aidilfitri dengan rasa suram yang amat. Dulu 2005, bapak aku pergi 10 hari sebelum tiba Aidilfitri, dan hari ini 2010, mak aku pula pergi tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri. Al-Fatihah untuk mereka. Tapi, inilah kali pertama, 1 Syawal aku sudah balik ke Kuala Lumpur semula, duduk rumah, dan tak tau nak buat apa, tengok tv dan pergi beraya di pasaraya sekitar lembah klang haha. Dulu aku selalu gelakkan kawan yang menetap di Kuala Lumpur dan tiada kampung, sekarang aku sendiri rasakan. Tahun inilah aku ambil cuti paling lama, Dua minggu, mengimpikan mahu habiskan masa bersama-sama mak aku lama-lama dan nak membeli-belah baju raya bawa mak aku, tapi tak kesampaian rupanya. Jadi, baju apa pun tak beli. Dan baju raya anak-anak aku pula kakak aku terbawa balik ke rumah dia. Tidak mengapalah, setakat nak beraya di rumah, pakai tuala pun boleh rasanya haha.