Last aku update Julai 2011? Ahhh patutlah followers semua lari haha. Jangan marah ye, aku still update tapi blog (artwork) yang lagi satu je la. Dulu aku kerja makan gaji, jadi, bila balik kerja, dah malas nak campur benda lain, malam-malam memang agak lapang untuk mengarang-ngarang. Tapi sekarang sejak jadi freelancer sepenuh masa ni, tak sangka pula akan lebih sibuk dari kerja dengan orang. Mungkin disebabkan banyak masa lapang, bekerja pun di rumah, maka banyaklah aktiviti lain yang masuk dalam jadual. Dan inilah kehidupan yang sebenarnya aku impikan selama ini. Suatu ketika dahulu, aku agak cemburu melihat rakan-rakan setup business sendiri, lebih-lebih lagi bila melihat mereka macam tiada masalah dari segi kewangan dan masa. Sampai kadang-kadang aku selalu tertanya-tanya, takkan semudah itu Tuhan jalankan hidup mereka. Dalam komputer aku, ada poster tertulis 'If you don't like something, change it, if you don't like your job, quit!' Setiap hari aku tatap teks itu, hingga akhirnya aku buat keputusan, kalau siram pokok bunga sekadar untuk tengok dia hidup buat apa? Kita nak tengok dia berbunga, barulah bermakna hidup sebagai pokok bunga.
Ogos 2011. Bermula karier aku sebagai freelancer sepenuh masa, alhamdulillah, aku rasa macam baru tersedar, rupanya ada satu kehidupan lain dalam diri aku, dan selama ini rupanya aku hidup dalam dunia orang lain. Dulu, kerja makan gaji, buat macam-macam kerja dalam sebulan untuk dapat satu gaji, sekarang buat satu kerja untuk sebulan gaji. Dulu selalu was-was tentang masa keberkatan bekerja, iyalah, kadang-kadang tercurik masa seminit dua, pasti ada juga berjam-jam, mustahil untuk membahagikan rezeki halal dan haram untuk dibawa pulang. Dan bila kerja sendiri, aku rasa beban itu sudah terlepas. Alhamdulillah. Semoga Allah terus melapangkan perjalanan hidup kita. Kepada rakan-rakan yang kerja makan gaji, minta maaf banyak-banyak ye, aku bukan nak cakap rezeki aku seorang je yang berkat kat dunia ini, dan juga mungkin penyampaian aku tentang itu boleh menyinggung hati sesiapa, apa yang aku nak beritahu sebenarnya, suatu ketika dahulu, aku pernah beranggapan kalau tiada boss, tiada gaji. Ok, itu sahaja hehe. Dan tidak mustahil juga, mungkin suatu hari tiba-tiba rezeki aku datang dengan makan gaji semula haha.
salam bro...waduh..lame giler tak update ye.Huhuh.terkejut tgk2 ada entri baru .Okla..pape aku wish good luck untuk kerjaya ko itu ok.Makan gaji, dok kaya kan bos jer..Huhuhu. Rezeki semua dari Allah.. Chayok! chayok!
ReplyDeletesyahdu bro ako baca..bab2 gaji ni..
ReplyDeletepepun bro rajin ler update blog ko ni
akO ske sgt nk baca ayat sastera lu bro..
waahhhh time acehhh teddy, tak sangka lak ada lagi orang nak bukak blog ni, tapi rasanya minggu depan baru update lagi hehe jgn mara ye teddy, nak kejar dateline ahad ni muahh teddy
ReplyDeleteamboiiii buyen hehe tunggu singgah tak singgah2. malam tadi sementara tunggu bahan masuk sempat la ngarang sikit hehe, nanti sambung lagi ye
ReplyDeleteTahniah bro.... huhuhuhu...
ReplyDeletesbg seorg yg keje mkn gaji... aku setuju ngan ko... huhuhuhuhu.
segann ahhh abg jon singgah sini, rumah berselerak ni kih3.. takpe jon, lps ni aku updet lg ye (hrp2) haha
ReplyDeleteTak sempat nak update sbb kena layan kawan2 datang nak makan durian kot.... hahahhah
ReplyDeletehahahaha tu pun 1 hal gak tu haha ko ni zulll
ReplyDeleteai jank.. ni cik senah lak singggah... \;0 erm wah lapang la ni dada kan.. kalau idak bertimbun je kecik mr mama ni... :)
ReplyDeletenape shoutbox tak bleyyy
ReplyDeletealaaaaa lapang sekejap je rupenye cik senah oiiii haha
ReplyDelete