Wednesday, May 25, 2011

Harap Maaf (Ye)

Assalamualaikum. Adeh penat sehari dua ni buang sawang tak habis2 hehe. Asalnya aku nak buat diam je, ye la blog aku ni bukan blog popular pun hehe. Tapi tak sedap gak kan, sebab orang tua pernah berkata, "Jika kau rasa keseorangan tak berteman, jangan risau, kerana sekurang-kurangnya ada tujuh orang di sekeliling kau yang akan memikirkan tentang kau sebelum dia tidur". Betul ke tu? rasanya orang bank2 je yang betul2 selalu fikir pasal kita kan haha.  Macam biasala sebenarnya aku sibuk banget dengan kerja2 grafik aku dan juga show yang coming soon nih, bulan Jun ada tiga, bulan Julai ada tiga. Setiap malam sekarang asyik layan lagu je la. Memang tak sempat la nak bersosial. FB pun buka semata-mata nak wish hepi besday je la kat sape2 friend yang naik nama dia sama ada kenal atau tak hehe. Tengok je la member2 post kat wall pic pergi layan movie la IB la bergurau senda la dan macam2 la lagi. Best kan korang. Aku tak sekuat korang yang boleh buat lima nam kerja serentak, aku nak jaga kesihatan cewahhh. Sebab satu ketika dulu aku penah dapat sakit teruk akibat terlalu banyak kerja dan masa tu memang aku tak reti2 nak rehat. Minggu lepas ingat nak tengok wayang, sekali jamming habis lambat lak, lepas tu hujan lagi malam tu. Malas nak pergi Times Square tu bawak keta. Ingat nak layan jalan kaki je macam Hugh Grant dalam Notting Hill tu hehe. Okeh, sampai berjumpa lagi. Terima kasih baca. Tata

Baju

Nak berkawan dengan orang, kena tengok kiri kanan. Baju apa dia pakai, baju apa kau pakai? kata Datuk Jamali Sadat. Masalahnya, aku suka tak pakai baju. Kena kawan dengan beruk la kot hahaha