#1
Aku makan roti kacang sambil buat kerja, aku bangun sebentar mahu cari pembaris. Sudah jumpa. Lepas itu aku lupa di mana aku letak roti tadi. Aku bangun lagi sekali untuk cari roti tadi. Sudah jumpa. Sekarang aku lupa di mana aku letak pembaris tadi.
#2
Aku nak beli barang dapur. Pergi kedai mamak. Kalau lima yang kakak aku pesan, biasanya hanya tiga yang betul. Maka hari itu aku tulis senarai. Dan. Bila sampai kedai, kertas itu aku lupa letak di mana.
#3
Aku lupa lagi tertinggal barang di pejabat kawanku. Aku hubungi dia supaya tinggalkan barang itu di surau sebab aku akan ke situ sebentar lagi. Aku pergi surau. Dan. Selepas itu aku tinggalkan pula barang itu di surau.
#4
Aku sampai rumah malam. Cek akaun. Luak. Sedangkan aku tak singgah berbelanja di mana-mana. Aku segera hubungi hotline maybank2u. Kenapa akaun aku susut tiba-tiba. Operator tersebut menerangkan langkah-langkah yang perlu aku ambil. Rupanya petang tadi di pejabat aku topup kredit pakai maybank2u.
#5
Dulu Safarin satu pejabat dengan aku. Safarin call aku subuh-subuh. "Jang, hari ni ko naik moto ye, aku tumpang bole? Bawak helmet dua tau." Dan siang hari itu memang aku bawa dua helmet, tapi aku lupa nak angkut si Safarin. Patutlah sepanjang perjalanan tadi handphone aku asyik berbunyi.
#6
Aku selalu hilang pendrive. Aku selalu lupa di mana aku letak/simpan. Aku dengar nasihat kawan. Berikan keychain atau pun apa-apa yang melekat bersama pendrive. Dan esoknya, pendrive aku tetap hilang.
hahaha
ReplyDeletebukan tak reti nak buat keputusan
cuma lupa apa yang difikir tadi
cis.
hahahaha dpt idea dr situ tau
ReplyDeletekihkihkih.. Jank..bio betui kome.. lupe tahap xtrem dah tu.. tu la.. gemo makan asam ngan pale ikan tuh hihih..
ReplyDeletehahaha real life tu samad, x tau la nape, tp mebi sbb byk sgt ingat chord gita x haha. sebut lak kepala ikan kt cni... pehhh lapo terus teman
ReplyDeletealahhh kesiannya. hehehe
ReplyDeletexpe markonah, dah lali tu haha
ReplyDeleteHahaha .. kritikal tu Jank. Eh .. tolon lukis gmbar kakchik Jank. blh??
ReplyDeletetidak boleh!! ehh boleh hahaha, boleh je
ReplyDeleteadoi jank kamu pelupa yer..sok2 jangan lupa bini dah lame..ngamuk kang dia...hahahaha...
ReplyDeletefakta bukan auta..cik su pun pelupa gak
hahaha nth la cik su, mebi keturunan kot haha
ReplyDeletewakakakaka..lawak la cite lupe..ni bukan takat minom air semot ni..mesti da mkn semot goreng.ekeke
ReplyDeletehahaha penah minum air dlm gelap, air yg penuh semut haha aka cincau semut
ReplyDeletejank kunci laci ko dalam keta la....eh....
ReplyDeletekunci keta ko dalam laci ke?
macam macam hal lu ni...
ReplyDeletedoraemon yg suka duduk dalam laci tokdeanz
ReplyDeleteAloy, jeles aku tgok korang berlakon teater, macamana nak ingat skrip yang berjela tu haha
ReplyDeleteko kategori mkn kepla gajah nie..hahahahahahah!!!
ReplyDeletehahahaahahaha aku ingt gajah sampai skrg sbb penah jadik cover ubat nyamuk dari kecik
ReplyDeleteyes!
ReplyDelete' aku kunci kereta. tekan butang pada kunci. yakin. tapi aku lupa nak tutup tingkap driver yg terbuka luas.'
giler la bdk tu, kete kunci, tingkap x tutup hahaha
ReplyDelete