Thursday, December 19, 2013

Facebook

Post gambar pisang warna ungu; subhanallah: berapa 'like' kita boleh dapat. Post video kucing boleh azan; 'like' jika sayang Rasul. Post gambar bukan Muslim hina Islam; menyalak semua keyboard warrior (bila stalk link pengkomen, dia sendiri berpakaian tak ikut syariat Islam). Post status 'kalau x suka aku boleh berambus' dan di komen oleh para penyokong tegar sehidup semati. Post gambar lama lalu dibuai syahdu. Bagi aku, kalau kita asyik membelai kenangan lama, macam mana kita nak bina kenangan hari ini. Mari kita sama-sama bina masa sekarang untuk dapat pengakhiran hidup yang baik. InsyaAllah.

Wednesday, December 18, 2013

Aku Cemburu

Sesungguhnya dunia dan seluruh isi alam ini tiada nilainya di sisi Allah. Di waktu aku gigih membesarkan kereta, rumah dan meninggikan pangkat, kuasa yang satu pun tidak boleh dikebumikan bersama-sama jasad. Di sudut lain ada insan yang tengah mengumpulkan kekayaan akhirat. Solat fardhu itu tidak ternilai ganjarannya dengan isi dunia bila di akhirat nanti. Bayangkan dia bersolat fardhu berjamaah setiap tepat waktu, dibantu dengan sunat rawatib qobliah dan ba'diah. Diisi pula dengan mengaji al-Quran dan solat sunat Dhuha, witir, tahajud. Ah, alangkah kayanya mereka di sana nanti Ya Allah. Pesan Nabi, apakah yang telah aku laksanakan? Semoga aku berjaya menjadi hambaMu yang baik dan boleh membaikkan orang lain. Astaghfirullah... ampunkan dosa hambaMu ni Ya Allah.

Thursday, July 28, 2011

Malaysia dan Singapura


Bola? aku tak minat sangat sebenarnya, untuk nak kritik lagi la, setakat tengok sekali lepas tu nak komen panjang-panjang lagi la tak reti. Menang ke kalah, pun aku tak pernah ambil kisah. Yang aku suka bila pasukan yang besar atau yang dilabel kelab terkaya kalah hehe. Lagi la bila kalah dengan pasukan cap ayam. Tapi bab Harimau Malaya ni kalah ke menang aku tetap sokong la.

Dan bila Malaysia dan Singapura dibaca Harimau dan Singa, apa yang aku paling ingat ialah, 'harimau = hari-hari mau' dan 'singa = garang macam singa'.