Monday, June 20, 2011

Meraikan Cinta

Hari ini sudah 20 Jun 2011, rasa seperti baru semalam sambut tahun baru. Rutin terus berjalan, banyak tidur banyaklah mimpi ye tak? 18 Jun kelmarin aku dapat jemputan persembahan di Restoran Felda Villa, meraikan cinta Aishah dan Nazrin. Aishah berbangsa Melayu, manakala Nazrin berbangsa India. Indah sungguh indah melihat dua hati berlainan budaya disatukan dengan cinta. Memang sudah berzaman berlaku, tapi ini kali pertama aku hadir mengamati sendiri. Meriah dengan saudara mara rakan taulan mereka yang sungguh sporting dan penuh restu meraikan cinta yang disatukan.
Sebulan sebelum itu kami sudah jamming dan study lagu-lagu yang dipilih bersama.  Latihan cuma hari sabtu, biasalah sebab ahli lain pun masing-masing sibuk dengan komitmen tersendiri. Ada yang masih belajar, guru muzik, dan juga macam-macam lagi kalau ditulis semua kat sini jadi novel. Okey, tentang lagu, memang aku tak tahan tapi aku suka, semua lagu cinta romantik, memang membuai perasaan macam nak bercinta hehe.
Tiga  minggu sebelum 18 Jun, persembahan di The Mines, sempena pesta buku READMALAYSIA'11. Yang itu agak santai, sekali berlatih cukup hehe, selebihnya berlatih atas pentas je. Aku join kumpulan lagu-lagu puisi DBP.
Dan seminggu sebelum 18 Jun, aku sibuk dengan kerja mereka bentuk grafik Sambutan Ulang Tahun ke-55 DBP. Jika siapa-siapa lalu di DBP hari ini, apa yang tergantung di keliling DBP, itu semua karya aku hehe. Ada lapan item yang aku reka. Daripada sebesar latar pentas 27'x12' hinggalah bunting 2'x6'. Tidaklah cantik sangat, tapi bagi aku cantiklah. Bakat kurniaan Tuhan, harus dipergunakan selagi sihat bertenaga dan disyukuri sesama kita betul tak.

Okey, sebenarnya aku nak beritahu, boleh tahan penatnya ni hehe aduiiiiiii .....

Hampir terlupa, kepada Aishah dan Nazrin, semoga ceria selalu, pahit manis akan dikongsi bersama sehingga akhir hayat ye.
Indahkan? Selamat meraikan cinta nazrin&aishah.