Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri

Salam, ini kali ke-2 aku sambut Aidilfitri dengan rasa suram yang amat. Dulu 2005, bapak aku pergi 10 hari sebelum tiba Aidilfitri, dan hari ini 2010, mak aku pula pergi tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri. Al-Fatihah untuk mereka. Tapi, inilah kali pertama, 1 Syawal aku sudah balik ke Kuala Lumpur semula, duduk rumah, dan tak tau nak buat apa, tengok tv dan pergi beraya di pasaraya sekitar lembah klang haha. Dulu aku selalu gelakkan kawan yang menetap di Kuala Lumpur dan tiada kampung, sekarang aku sendiri rasakan. Tahun inilah aku ambil cuti paling lama, Dua minggu, mengimpikan mahu habiskan masa bersama-sama mak aku lama-lama dan nak membeli-belah baju raya bawa mak aku, tapi tak kesampaian rupanya. Jadi, baju apa pun tak beli. Dan baju raya anak-anak aku pula kakak aku terbawa balik ke rumah dia. Tidak mengapalah, setakat nak beraya di rumah, pakai tuala pun boleh rasanya haha.

2 comments:

  1. hahaha..sian anak2 takde baju rayer..kejam punya bapak suh anak pkai towel jer!

    ReplyDelete
  2. hahaha aku sambut aidilfitri 10 hari kemudian

    ReplyDelete