Friday, November 19, 2010

Cita-cita Aku Lawyer

#1
Ketinggian aku 5'11". Aku keluar pintu kaki tersadung bendul, Zamani sudah gelakkan aku, "Tu la panjang sangat, kepala dah lepas, kaki sangkut hahaha."

#2
Bob dengan serius cerita pasal bola. "Malaysia lawan China main tak best la, tak solid macam lawan Korea." Aku menyampuk, "Kalau metalic camne pulak Bob?" Bob makin kuat sedut asap.

#3
Aku satu lif dengan budak baru. Aku tegur.
Aku: Staf baru ke?
Dia: Ye Bang, sambilan.
Aku: Owh kira Abang lagi best la.
Dia: Nape lak?
Aku: Abang sambil lewa.
(Nasib baik dia gelak)

#4
Kebanyakan rakan sekerja aku celik 24 jam. Satu hari aku buat projek dengan orang di luar lingkungan itu. Aku sms dia untuk bertanyakan satu hal penting. Dia balas "Pukul 3 pagi bro, kau ingat aku duduk Amerika ke."

#5
Aku berbincang dengan Man tentang Projek membuat kostum Maskot.
Man: Huh payah nak buat tu Jang, makan masa nak siap tu.
Aku: Okeh, 'masa' kau makan, aku makan payment je.

12 comments:

  1. kahkahkah .. lawak arr bang. 'LOWYER BUWUK' eh ..

    ReplyDelete
  2. mati-mati ingatkan cerite nak jadi lawyer..cittt ! Tp loyer buruk kalau kene gayenye.. boleh menceriakan suasana.. aku pun 'lawyer' jgk Jank hihihi..

    ReplyDelete
  3. loya lak aku baca bro... heheee...

    ReplyDelete
  4. MJ, loyaq buruk je hhihi, x yah nak amik exam

    ReplyDelete
  5. kakchik, kdg2 saya jwb dgn berfakta tp di slh erti jugak haha

    ReplyDelete
  6. a.samad tu mmg dah tau dah, gaya menulis pun dah tau mmg spesis raja lawak tu haha tringt kumpulan XN3

    ReplyDelete
  7. dia bangun solat tahajud kot.sebab tu kul 3pg baru balas..haha

    ReplyDelete