Saturday, November 20, 2010

Aku yang Lupa Diri

#1
Aku makan roti kacang sambil buat kerja, aku bangun sebentar mahu cari pembaris. Sudah jumpa. Lepas itu aku lupa di mana aku letak roti tadi. Aku bangun lagi sekali untuk cari roti tadi. Sudah jumpa. Sekarang aku lupa di mana aku letak pembaris tadi.

#2
Aku nak beli barang dapur. Pergi kedai mamak. Kalau lima yang kakak aku pesan, biasanya hanya tiga yang betul. Maka hari itu aku tulis senarai. Dan. Bila sampai kedai, kertas itu aku lupa letak di mana.

#3
Aku lupa lagi tertinggal barang di pejabat kawanku. Aku hubungi dia supaya tinggalkan barang itu di surau sebab aku akan ke situ sebentar lagi. Aku pergi surau. Dan. Selepas itu aku tinggalkan pula barang itu di surau.

#4
Aku sampai rumah malam. Cek akaun. Luak. Sedangkan aku tak singgah berbelanja di mana-mana. Aku segera hubungi hotline maybank2u. Kenapa akaun aku susut tiba-tiba. Operator tersebut menerangkan langkah-langkah yang perlu aku ambil. Rupanya petang tadi di pejabat aku topup kredit pakai maybank2u.

#5
Dulu Safarin satu pejabat dengan aku. Safarin call aku subuh-subuh. "Jang, hari ni ko naik moto ye, aku tumpang bole? Bawak helmet dua tau." Dan siang hari itu memang aku bawa dua helmet, tapi aku lupa nak angkut si Safarin. Patutlah sepanjang perjalanan tadi handphone aku asyik berbunyi.

#6
Aku selalu hilang pendrive. Aku selalu lupa di mana aku letak/simpan. Aku dengar nasihat kawan. Berikan keychain atau pun apa-apa yang melekat bersama pendrive. Dan esoknya, pendrive aku tetap hilang.

20 comments:

  1. hahaha

    bukan tak reti nak buat keputusan
    cuma lupa apa yang difikir tadi

    cis.

    ReplyDelete
  2. kihkihkih.. Jank..bio betui kome.. lupe tahap xtrem dah tu.. tu la.. gemo makan asam ngan pale ikan tuh hihih..

    ReplyDelete
  3. hahaha real life tu samad, x tau la nape, tp mebi sbb byk sgt ingat chord gita x haha. sebut lak kepala ikan kt cni... pehhh lapo terus teman

    ReplyDelete
  4. Hahaha .. kritikal tu Jank. Eh .. tolon lukis gmbar kakchik Jank. blh??

    ReplyDelete
  5. tidak boleh!! ehh boleh hahaha, boleh je

    ReplyDelete
  6. adoi jank kamu pelupa yer..sok2 jangan lupa bini dah lame..ngamuk kang dia...hahahaha...
    fakta bukan auta..cik su pun pelupa gak

    ReplyDelete
  7. hahaha nth la cik su, mebi keturunan kot haha

    ReplyDelete
  8. wakakakaka..lawak la cite lupe..ni bukan takat minom air semot ni..mesti da mkn semot goreng.ekeke

    ReplyDelete
  9. hahaha penah minum air dlm gelap, air yg penuh semut haha aka cincau semut

    ReplyDelete
  10. jank kunci laci ko dalam keta la....eh....
    kunci keta ko dalam laci ke?

    ReplyDelete
  11. doraemon yg suka duduk dalam laci tokdeanz

    ReplyDelete
  12. Aloy, jeles aku tgok korang berlakon teater, macamana nak ingat skrip yang berjela tu haha

    ReplyDelete
  13. ko kategori mkn kepla gajah nie..hahahahahahah!!!

    ReplyDelete
  14. hahahaahahaha aku ingt gajah sampai skrg sbb penah jadik cover ubat nyamuk dari kecik

    ReplyDelete
  15. yes!

    ' aku kunci kereta. tekan butang pada kunci. yakin. tapi aku lupa nak tutup tingkap driver yg terbuka luas.'

    ReplyDelete
  16. giler la bdk tu, kete kunci, tingkap x tutup hahaha

    ReplyDelete