Thursday, November 25, 2010

Kerana Diriku Begitu Berharga

#1
Aku ada show di sebuah IPTA. Soundcheck malam itu agak lewat. Jam 11.30 pm, aku menawarkan diri untuk membelikan nasi bungkus. Aku pergi bersama-sama Wan dan Soyat. Aku duduk sebelah pemandu. Setelah beberapa pusingan tidak berjumpa kedai, Yat mencadangkan aku bertanya kepada dua gadis yang sedang menunggang motorsikal. Aku mengeluarkan kepala setelah Yat menurunkan tingkap kereta ... "Adik, kat ma .... " tak sempat aku tanya, gadis tersebut terus pecut laju. Cihhhh! Mentang-mentanglah rambut aku tengah mengerbang.

#2
Aku goreng ikan bilis sambil basuh cawan. Sungguh, aku lupa itu ialah ikan bilis. Kesian ikan bilis itu pergi dalam suasana kejam.

#3
Kasut boot Pakalolo aku sudah hampir 4 tahun. Sampai aku digelar seniman jalanan. Aku pergi Kompleks Pertama dengan Harris dan Chik's. Memang tabiat aku suka pakai terus yang baru dan tinggalkan yang lama di kedai. Dan selepas itu Harris dan Chik's tak henti-henti ajak aku singgah dari satu kedai ke satu kedai. Apabila nak balik baru dia beritahu. "Hoi bodoh, tag kasut tu tak bukak lagi." Celaka dorang!

Kisah #4 hingga #8 akan disambung kemudian. Harap maklum. Sila singgah selalu haha.

12 comments:

  1. mase balajar dulu aku tak mampu beli kasut pakalolo.. dpt je gaji pertama trus sambar satu..beli kat Kajang.. aku simpan sampai hari ni.. ada unsur sentimental kat situ.. nak pakai udah terasa berat..tebal tapaknye yeop.. kihkihkih..dulu aku pun berambut panjang selalu jugak buat show kat U.. mmg ada yang pandang sinis huhuhu.. tapi gambar kat n3 aku tu..Catatan seorang kawan..rambut dah potong..nangis jugak aku tengok rambut kesayangan jatuh.. tahun 4 aku dah masuk temuduga yeop..

    ReplyDelete
  2. hahahhaha ye la abg samad, line idup kite lbh kurang je ni. kalau jumpe msti smpai subuh sembang ni ye tak. alaaa bgus tu simpan, saya nak simpan jugak, tapi dah huduh sangat rupenye, tip2 hari asyik jadi bahan je haha

    ReplyDelete
  3. eh! cerita 1 tu dah dengar live. hehehe

    ReplyDelete
  4. cepat sambung .. cepat sambung .. mmg hari2 singgah. haha ..

    ReplyDelete
  5. yg abg cite dulu kt tmpt para tu, sila bg tau dorang len kali jgn pndg pada paras rambut je tau hehehe

    ReplyDelete
  6. saba kakchik .. saba kakchik .. pagi ni pun ada tetamu, bdk sekolah dtg nak belaja kartun, n serba sedikit lg urusan donia ni haha. ponek

    ReplyDelete
  7. aku dah kemubikan ikan bilis tu nanie, tp xde la talkin ihihi

    ReplyDelete
  8. boleh la wany sikit2 utk menceriakan hari hehe

    ReplyDelete