Sunday, November 14, 2010

Rockstar


Cuma ada dua. Ya, cuma Ajis dan Ayep. Bukan sekali dua mereka berfikir tentang itu, rasanya sudah lebih 10 kali. Baru sebentar tadi ketika sedang melepas pun Ayep fikirkan tentang itu. Begitu juga Ajis, baru juga dijerkah oleh emaknya kerana menuang air basuh tangan ke dalam pinggan abahnya selepas abahnya menyuruh dia mengambilkan kari. Ini bukan angan-angan menyelamatkan Nana (makwe kelas sebelah) daripada rasaksa lagi, ini betul-betul, ini hidup dan mati! Ajis dan Ayep perlukan duit. Apabila berharta, pasti dipandang tinggi oleh kawan-kawan.

Sebelum ini Nanang dan Pie sudah berjaya, mereka berdua. Gemuk dan Akai pun sudah berjaya, juga berdua. Ajis percaya, ini hari mereka berdua pula. Ajis percaya, berdua lebih baik. Ayep pun percaya juga. Ini kali kedua mereka mencuba, cubaan pertama gagal setelah Ayep terbersin, umur mereka panjang, lastikan Pak Abu tersasar.

Inilah masanya. Ajis menunggu di tepi jalan masuk ke rumah Pak Abu, di bawah pohon pisang (mungkin itulah hantu pisang yang sibuk dikatakan Haji Dollah yang pastinya kumpulan terdahulu Akai dan Gemuk). Tugas Ajis mudah, cuma memerhati dari jauh Pak Abu ada ke tiada. Tugas Ayep payah, merangkak, menyusup ke bawah rumah Pak Abu, nak curi racun, racun mahal kalau dijual. Dapat 50 ringgit sudah cukup kaya ketika itu.

Ajis mula berangan-angan dengan kekayaan 50 ringgit. Dia nak beli kasut Aliph, barulah boleh jadi Rockstar! Ayep pula rasanya akan beli tali pinggang peluru yang SYJ pakai. Barulah gempak kalau turun pekan. Mesti ramai yang akan terlopong dan memanggil namanya Ajis Ajis Ajis ... "Ajis, keluar Jis, aku dah kene tangkap." Dan ketika Pak Abu sibuk mencari Ajis, Ajis sudah berada dalam lori pisang melarikan diri. Impian untuk menjadi Rockstar kian berbalam.

4 comments:

  1. syj yg aku minat dulu..pernah 2 kali g konsert dorang.. tapi hilang sikit respek bila terdengar lagu WASP.. tiru WASP tapi kata lagu ciptaan sendiri.. goreng org timur ditiru drpd goreng sleeping in fire.. anak liar tiru 100 peratus wild child..kalau belum penah dengar boleh layan kat you tube.. terkenang2 zaman rock kapak.. aku berambut panjang dan main band.. kenangan manis jgk tu hihihi...

    ReplyDelete
  2. ye tu samad, memang band dulu suka copy work band omputih. mebi sbb fanatik sangat dengan influence dorang kot haha. tp yg tak bagus tu la bile mengaku sendiri punya. Man kidal dengan joe burnmak pulak, sampai sekarang tak boleh lepas dengan malmsteen. Huyo bekas band boy rupenye, mana dia gambar rambut panjang tu, teringin nak tengok ni haha

    ReplyDelete
  3. abg pun ada gak tingin jdik rockstar para tp abg x ikut curik2 tu haha

    ReplyDelete