Tuesday, March 8, 2011

Pelangi Petang

Hari ini, seawal subuh tadi, sahabat sekampung aku, yang lebih muda daripada aku telah ditimpa kemalangan. Dia jadi mangsa langgar lari. Dia juga menunggang motorsikal ke tempat kerja seperti aku. Aku cuma lewat 15 minit untuk melalui tempat itu. Jalan yang digunakan untuk aku juga pergi ke kuala Lumpur. Siapa yang tidak sebak melihat bekal nasi yang diberi isterinya bersepah atas jalan, dan juga ada anggota badannya yang terpisah. Isterinya yang datang hanya duduk di dalam kereta, orang kampung tak sampai hati untuk membenarkan dia melihat suaminya. Aduh, Hisyam Haji Musa sudah tiada, al-Fatihah

10 comments:

  1. dah sampai masa dia kan jonni

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat....Aminnn

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah... takziah buat keluarga arwah.. sedih nye.. :*(

    ReplyDelete
  4. sedihkn, sampai skrg masih terkenang

    ReplyDelete
  5. setiap yang hidup pasti akan mati...

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah..
    hati saya tersentuh bila Jank sebut ttg bekal nasi yg bertabur tu..

    ReplyDelete
  7. betul tu bang, kebanyakan yang ada kat situ semua menitiskan air mata

    ReplyDelete