Thursday, March 10, 2011

Rock

Yeahh Rock, seingat aku sejak aku sekolah rendah lagi aku digelar Mat Rock, dan hingga hari ini pun aku masih confuse kenapa. Padehal masa tu aku bukan berambut panjang pun. Dan bapak aku kalau hantar aku pergi gunting rambut, kompem dia suruh barber tu potong tempurung haha, zaman tu mana ada fesyen cam sekarang lagi. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, mesti ada cikgu yang memanggil aku Mat Rock. Bila menginjak dewasa ni lagi la, dan sejak aku tak reti nak potong rambut ni bertambah-tambah lagi la. Suatu ketika dahulu, member pinjam kereta aku, dan sewaktu dia pulangkan kunci, dia dah terbahak-bahak, "Ada kaset (zaman tu masih pakai kaset) Ramlah Ram! Sapa punye jangg? Hang dengaq Ramlah Ram kaa?" Aku jadi bahan dengan dia buat beberapa hari kih3 hampeh ko Aie. Sungguh, aku dengar semua muzik, bila aku pasang iTunes, aku random je.

Dan baru-baru ini 26 Februari, member aku composer, call suruh ambil dua pass vip untuk World Final Battle of the Band, aku cakap aku bz malam tu dengan macam-macam kerja rumah, padehal sebenarnya aku pi lepak kat MASKARA (Rumah PENA) tengok sahabat-sahabat baca puisi dan mempersembahkan karya masing-masing. See! Betul tak aku tak Rock hihi? Tapi aku pernah jual lagu kat syarikat rakaman, ada 10 lagu, 8 ballad, 2 hard rock, dan yang terpilih ialah yang Hard Rock.  Kira betullah aku Rock, cuma tak berapa nak ngaku je kot haha. Rock pun rock lah janji masih kenal asal-usul ye tak.

6 comments:

  1. Jank..
    sapa sebenarnya Mat Rock yg sorang ni..??
    Selain mat rock, Jank jugak penulis blog yg bagus.. suka baca catatan Jank ni..tp dulu lama beno la menyepinye..hmmm..

    ReplyDelete
  2. jiwa nye rock walaupun fizikal tak rock.ehee

    ReplyDelete
  3. maaf la ye abg samad, tu la risau jugak tu, takut2 gak bila balik sini org dah tak kenal haha

    ReplyDelete
  4. patutlah terang benderang, bulan datang sini rupanya hihi

    ReplyDelete