Saturday, October 16, 2010

Boss GT-8

Hanya kongsi untuk yang tak tau, yang dah tau, takpe, juz ignore this. Aku bukan mahir sangat pun main gitar, tapi entah kenapa aku suka sangat nak guna pakai Boss GT-8. Bila monitor dia keluar amaran 'battery low', kalau lambat tukar bateri, "memory" boleh hilang, giler ahh kalau nak setup balik 34 bank kuasa 4 tu haha. Aku pergi Bentley, salesman dia cakap kena order bateri, sebab sekarang sudah zaman GT-10. Tapi aku tak percaya sebab aku pernah dengar sebelum ini orang cakap bateri dia RM5 sahaja. Kebetulan ada seorang uncle kat situ dengar dan dia mnyampuk, "owh, itu battery aaa, you pigi kedai jam, you calik itu lithium battery Sony 2032, boleh pasang sendili punye, nanti masa mau pasang, you pasang plug kasi hidup dulu, baru replace battery." Betul, aku pergi kedai jam, RM15 je harge dia (Sony 2032). Sekarang, Boss GT-8 aku sudah dapat bateri baru, moga dia terus berjasa pada aku lepas ini. Kalau ada siapa-siapa yang ada masalah tentang itu, sile roger gua. 24j harus ihih

3 comments:

  1. haha nanie, GT-8 tu sejenis effect processor untuk gitar, org yg guna benda tu je yang tau dan fhm pasal bnde ni haha, sudah jgn pning2 kepala lg ye haha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum bro.. BOSSgt8 aku gila dh. Kluar ntah apa2 ayat. Dh tukar bateri sony. Tau x mna nh antar service, atau kita boleh reset sendiri?

    ReplyDelete