Friday, October 22, 2010

Perbendaharaan Kata

Sedikit kisah tentang bapak aku. Mungkin sesuai juga dinamakan habit. Dia suka gunakan ganti nama 'periuk' untuk apa jua benda yang ingin disebut. Sebagai contoh:
"Dah makan simpanla kicap ni dalam periuk". (ayat sebenar: dah makan simpan la kicap ni dalam peti sejuk). "Tolong bukak periuk tu, nak tengok berita". (ayat sebenar: tolong bukak tv tu, nak tengok berita).
Dan rupanya sewaktu bertandang ke rumah adik bapak aku, habit yang sama juga ada pada adik dia. Tetapi objek lain pula yang jadi mangsa. Dia lebih selesa menggunakan 'basikal'.
"Makan, makan, makan, jangan malu-malu, banyak lagi basikal tu". (ayat sebenar; makan, makan, makan, banyak lagi nasi tu). Dan aku memang makan, tapi dengan terkekek-kekek hahaha aku tak tahan, aku perasan dia perhati aku, mesti dia cakap dalam hati, "basikal apa la yang dah sampuk budak ni."

Semasa kecil, semua kawan aku dapat BMX, aku seorang dapat chopper, dan aku mula memberontak, seminggu lepas itu, aku terlantar di rumah selepas terlanggar batang ubi. Balasan Tuhan tu hahaha.

10 comments:

  1. masa kecil aku... aruah ayah aku tidak pernah belikan basikal... dia suruh aku aku guna basikal tua dia yang besar bagak tu!!

    ReplyDelete
  2. Rezeki masing-masingkan. Kira aku ni memang lambat bersyukurlahkan. Patutlah sampai terlentang tengah jalan ahaha

    ReplyDelete
  3. teringat masa kecik2 dulu.....masa start blaja naik basikal....basikal aruah atok kut....basikalnya ada palang(nanti ko lukiskan basikal yg ada palang turrr jank!...ingat x lagu sudirman, basikal tua....aruah yusni jaafar ddk kt palang basikal)jadi aku terpaksa menghulurkan badan menjulur ketepi(bawak basikal secara mengereng)sakitttt tengkk woooooo.....dah teror sikit masuk alam remaja....aku blaja bwk moto...tapi aku try bwk mcm aku bwk basikal tu hahahahaha

    (comment yg mcm entri)

    ReplyDelete
  4. eip!

    chopper la style~
    bmx sumerang pun ade!

    ReplyDelete
  5. haha..kelakar la..periuk jadi peti sejuk..hahaha basikal jadi nasi...

    ReplyDelete
  6. boneka pun setail gak haha papan dan tilam

    ReplyDelete
  7. agak2 anak dia ni apa lak yg boleh bertukar haha

    ReplyDelete
  8. anak dia ,,,dia bagi nama ape lak

    ReplyDelete
  9. Hari tu tgh rancak sembang dengan sedara mara kat laman, tiba-tiba nampak kucing masuk pintu dapur. Spontan aku jerit, "Hah tu tolong tengok tu kucing masuk peti ais"

    ReplyDelete