Sunday, October 24, 2010

Din Dapat Nama Lagi

1991. Sekolah aku mengadakan kenduri (sudah lupa nama majlis itu sebab aku lebih ingat Din daripada majlis itu sendiri). Sedikit tentang Din, Din adalah salah satu manusia di dunia ini yang layak digelar profesor, sebab dia tahu serba-serbi daripada kejadian air hinggalah asal-usul Abraham Lincoln. Nama Din sendiri selalu bertukar mengikut ayat terakhirnya. Kalau paginya dia berbahas tentang ikan, maka waktu petang namanya menjadi Din Ikan dan begitulah seterusnya.
Di majlis itu setiap pelajar diberi tugas masing-masing seperti kenduri di kampung, dengan kata lain tiada istilah 'datang makan'. Aku dan rakanku dilantik sebagai pemarut kelapa. Rasanya lebih lima mesin kelapa yang disediakan. bukan sedikit kelapa yang akan diparut, bayangkan sahaja satu sekolah yang akan dijamu. Din pula dilantik tugas lain, mungkin bomoh hujan agaknya.
Ketika kami sibuk dengan tugas, tiba-tiba Din datang mengkritik hasil kerja kami. "Salah tu, mana boleh parut kelapa macam tu, kita kena tekan sambil lawan arah, barula keje cepat siap! Bak sini aku tunjuk," aku beralah, aku serahkan tempat duduk aku kepada Din. Baru sahaja Din letakkan kelapa ke mata parut ... zasssss!!! aku lihat sendiri kelapa itu melayang, aku juga nampak banyak darah terpercik ke kelapa parut. Dan petang itu Din dapat nama baru. 'Din Lawan Arah!'


Alangkah bagus kalau 'Din Lawan Arah' ada ketika ini, sebab dia masih tak sempat ajar skill parut kelapa yang sebenar.

10 comments:

  1. haha.
    setail lah bang letak nama belakang tu.

    nak praktik kat para lah.

    ReplyDelete
  2. suruh si din tu bukak blog.. mesti seronok bace semabng die.. tajuk blog mcm biase.. kene selalu tukar ikut entri..cth ..Din Tapir..Din blog.. Din Nasi..Din blablabla...sori bro hihihi

    ReplyDelete
  3. Boleh, letak je, para mesti suka. Mulakan dari abjad A ye haha

    ReplyDelete
  4. Idea yang menarik tu a.samad, tapi din tukar arah tiada blog, saya pun baru jumpa dia di FB, haha memang kenangan mengusik jiwa tu. Berjumpa 20 tahun kemudian.

    ReplyDelete
  5. kirim salam kat inchek din.
    style lah dia.

    ReplyDelete
  6. ramai kawan ko yg nama din yee.....

    ReplyDelete
  7. Jank : cbox tu jam pulak... t kasih atas gambar kat GB saya.. buat la n3 baru bro.. bulih kongsi2 cerite...

    ReplyDelete
  8. salam a.samad, maaf lah minggu ni mmg sibuk sgt tak sempat nak karang apa2 haha

    ReplyDelete
  9. Wah, tragis nye cerita ni..ngeri

    ReplyDelete
  10. haha @na tragis kan, ada tumpah darah tu hihi

    ReplyDelete