Wednesday, October 13, 2010

Sudah Sampai Sini


Aku sudah lama fikirkan tentang itu, rasanya sudah lebih dua tahun, Hari itu, 23 September, ulang tahun kelahiran aku. Tidak dijangka, 24 September aku dapat hadiah hari jadi yang aku tak pernah termimpi akan dapat, betul-betul kejutan maut. Kalah kejutan maut siri realiti tv.  24 September, dalam masa beberapa jam berfikir, aku tekad, aku terus buat panggilan kepada semua kakak dan abang aku, mereka terkejut, tapi dengar macam ghairah pula atas apa yang aku nak buat. Aku nak balik! Ya, aku nak balik pindah ke kampung! Rumah peninggalan orang tua aku pun sudah tiada siapa jaga.

Bermula 25 September, sah aku menjadi warga felda. Kakak aku dan abang ipar datang tolong angkat barang, dia tanya aku, "Betul ke keputusan kau ni, kau dah buat solat istiharah belum?" Aku: Dah! (tp aku jawab sambil tengok tempat lain, aku tipulah tu haha maaf kak). Dan malam 25 hari bulan itu malam minggu, maka berangkatlah aku ke kampung dengan diiringi jiran-jiran aku yang baik hati. Terima kasih abang Salleh, Ustaz dan Victor.

Pertama kali aku jejakkan kaki di kampung, Lega betul rasa, teringat aku lagu "Semangat Perjuangan Harmoni" oleh XPDC, betul-betul nyaman, nampaknya lepas ini tiadalah lagi nak gaduh pasal parking, nak bayar mentenen, cukai pintu, bil air, bil itu bil ini, betullah segala yang berlaku ada rahmat di sebaliknya, Tuhan tarik sikit tapi kalau kita sabar, pasti Dia bagi lagi banyak.
Aku tak rugi apa tinggalkan KL, aku pernah jadi kartunis hampir enam tahun (walaupun tak terkenal), pernah jadi designer untuk buku dan majalah lebih 10 tahun, pernah buat billboard untuk KLIA dan highway, pernah terlibat dalam produksi teater lebih empat tahun, dalam muzik aku pernah aktif sebagai gitaris backup artis popular, separuh popular, yang tak popular langsung pun ada haha, pernah main muzik dari dalam hutan hinggalah kelab popular, hotel 5 bintang, ok lah itu kan. Ada juga lagu, lirik dan gubahan muzik aku yang dinyanyikan artis popular. Tak salah rasanya untuk aku sambung segala itu di kampung pula, biarlah aku berbakti di sini. Sangat tenang di sini, sesuatu yang aku terlalu nak rasa daripada dulu. Aku rindukan zaman suatu masa dahulu, zaman kecil-kecil. Okeh babai, salam 1 felda hahaha.

9 comments:

  1. ko pernah jadi kartunis.....designer.....pemuzik.....pelakon teater.....buat sajak....buat pantun 2 kerat.....ko mmg berbakat....bakat ko bakat yg pelbagai...senang cerita mcm Creatif & Multimedia..... terlampau banyak sangat ko nak raduk....jgn tamak sgt jank....kalau ko ddk kpg jgn banyak sgt perkara ko nak buek....kalau ko nak ternak tenuk...bior tenuk jerk... jgn ko nak ternak ayam plakkkkk.....x elok ternak "ayam"...berdosaa(mati nnti tanah xmo terima kanggg) hahahahah yerlah takut nanti ko x terbuek....contoh syarikat "D" yg tamak haloba turrrr apa jadi???? sbb banyak benda dia nak buek lerrr jd camturrrr.....huhuhu

    ReplyDelete
  2. hahaha ssb aku nk duk kt kg, duk nganga je, x yh pikir bkn2 lg haha. aku nk buat 1 bnde je lps ni, ade idea? bg la

    ReplyDelete
  3. kita satu geng bro....hehehe....keep it up!

    ReplyDelete
  4. Teringat aku kat rumah ni... pokok rambutan tepi rumah tu ada lagi ker mat?

    ReplyDelete
  5. oyeke bard, 1 geng rupanya, kita juga yang faham nasib kita kan haha tq bard

    ReplyDelete
  6. Abis dah azni, pokok keliling dah tebang. tak sangka kau pernah datang rumah aku kan

    ReplyDelete
  7. Jank! ehehhe...best kan dok kg.Aku selalu follow tuan aku balek u.yam. Udara segar tuh.Takder asap..tak pening kepala aku, dia pun tak pening gak. Apa pun best kat kg.Hehehehe.Apa pun aku kagum dan kaget ko dah buat macam-macam dalam idup ko. :)

    ReplyDelete
  8. ehhh sori la little teddy, baru hari ni pasan ada komen haha. ada bagus ada tak bagusnya buat mcm2 keje ni. sbnanye lg bgus lau x buat byk benda, sbb kita boleh fokus pada satu benda je, tapi nak buat cmne, dah aturan hidup aku cmtu kan. oooo org ulu yam ye, dkt je kite ni kan hahhh bila boleh jumpe ni eheh

    ReplyDelete
  9. hebat abg jank sebenarnya cuma suka rendah diri je... bangga dengan abg jank..

    ReplyDelete